Saturday 29 October 2011

Assalamualaikum..

tiada apa yang boleh AKU ucapkan lg..hanya 1..iaitu..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

'' tahukah korang apa yang AKU pinta..di setiap doa sepanjang hari AKU..agar AKU tak akan berhenti menemani,merindui dan menyayangi DIA..andai kata 1 hri nanti AKU sudah tiada kt dalam dunie ni, hanya 1 yang AKU minta pada DIA..sedekahkn AL-FATIHAH untuk AKU ye..smoge AKU aman disane.. bahkan AKU juga berdoa pada Ilahi untuk satukan AKU & DIA di SYURGA nanti..amennn '' 
'' Supaya suatu hari nnti DIA akan temui apa yang DIA cari..  Supaya suatu hari nanti DIA akan mEmahami apa erti SAYANG yang sebenar..  Supaya suatu hari nanti,DIA akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya jika       terlalu SAYANG sesorang,   dan semoga DIA xkan pernah terlewat untuk menghargainya..''





♥ Tuhan tolonglah AKU, tolong jaga DIA kerana AKU sayang DIA..

Wednesday 26 October 2011

dear GOD..

Ya Allah..
Jika dia benar untukku..
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Jika dia bukan milikku..
Damaikanlah hatiku..
Dengan ketentuan-Mu..

Dialah permata yang dicari..
Selama ini baru kutemui..
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi..
Apakah dia kan kumiliki..
Tidak sekali dinodai nafsu..
Akan kubatasi dengan syariat-Mu..
Jika dirinya bukan untukku..
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu..

Ya Allah..
Engkaulah tempat kubergantung harapanku..

Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu..



Sunday 16 October 2011

~ Buat Si Jantung HATI.. ~


Buat yang disayangi si jantung hati,

Warkah ini khas untukmu supaya kau tahu hanya kau yang sehingga kini memiliki hatiku, sebagai mana katamu engkau hanya mempunyai aku..

Buat si jantung hati, selama perkenalan kita, memang aku pernah meminati jejaka lain namun ianya tidak menarik minatku untuk mendekati mereka, tak sehebat minatku padamu yang akhirnya mengutip bibit percintaan antara kita, melahirkan rindu yang teramat siksa dan hebatnya. Bersyukur kepada TUHAN, kerana aku dikurniai kamu..

Buat si jantung hati, ketahuilah, cinta ini datang dariNya, tiada daya aku untuk melarang perasaan ini, kerana ia memang tercipta untuk menguji manusia, sama ada kita cekal atau tidak, maafkan aku jika dahulu aku mendustakan perasaan ini kerana aku lemah berhadapan kekecewaan. Kerana aku tahu kekecewaan adalah suatu yang dasyat dan menakutkan. Kadangkala kerana kekecewaan yang teramat sangat sesuatu jiwa hidup tanpa hatinya..

Buat si jantung hati, Aku faham betapa dalamnya rindumu padaku,lebih teguh berbanding rinduku. Tabahkanlah hatimu, kerana perjalanan dan perjuangan kita masih jauh. Kita hanya mampu berdoa agar kita adalah milik kita.

Aku pernah berjanji dalam diriku, aku tidak kisah siapa diriku disisimu, kekasih atau teman biasa, tiada tempat ataupun ada, aku tetap akan menyokongmu, kerana engkau cinta pertamaku, aku ingin menghargai kamu, agar aku tidak menyesal taktala roh dan jasadku bercerai. Sekurang-kurangnya, aku puas dengan bantuanku..

Buat si jantung hati, Taktala engkau menangis kerana aku, aku juga turut merasai akan sakitnya perasaan itu, dan kau masih katakan itu salahmu, dan membiarkan beban yang berat diletakkan diatasmu. Perbuatanmu itu bukannya melegakan aku tetapi membuatkan aku terharu, dan ketahuilah, airmata ku menitis lebih daripada kamu, kerana aku seorang gadis, dan kau seorang perkasa..

Si jantung hati, Engkau telah bertekad untuk menggembirakan aku, walau sebenarnya aku berduka, kerana ku tahu tanpa gembiraku engkau tanpa gembiramu. Kita sebenarnya saling mendustakan duka untuk melihat kita gembira. Alangkah uniknya cinta..

Buat si jantung hati, Perkakahkanlah hidupmu dengan ilmu yang luas, pengetahuan agama yang menyeluruh, kerana kehidupan akhiratku terletak dibawah kaki seorang suami yang soleh. Ajarilah aku batas-batas yang sahih, agar aku fahami erti sebuah kehidupan, agar aku dapat mencari erti keimanan.

Buat si jantung hati, Malam ini kita menitiskan air mata lagi, atas kesilapan kita bermadah, maafkan aku yang tersalah bicara, tiada niat untuk melukakan hatimu, untuk menitiskan air matamu, lukamu adalah lukaku, walau jarak kita menjauh, aku merasakan pedih hatimu, dan aku masih berduka atas apa yang berlaku.

Buat si jantung hati, Andai tamat perjalananku disini, kuserahkan kenangan kita kepada kamu, terserahlah mahu menyimpannya atau tidak, kerana bagiku itu sudah menjadi milikmu. Kuinigin memohon sribu kemaafan buat kamu sepanjang percintaan kita, maafkan aku yang telah mencuri hatimu, maafkan aku yang merampas rindumu, maafkan aku membuatkan air matamu menitis, maafkan aku di atas ketidak sempurnaan ku sebagai teman hidupmu..

Buat si jantung hati, perjalanan harus diteruskan, dalam hidup ini, ada jutaan hati yang boleh engkau miliki. Seandainya engkau masih ingin memilikiku, ikatlah hatiku, agar aku setia bersama hidupmu, menjadi coretan dalam diarimu agar aku bisa menjadi satu-satunya yang engkau perlukan bila saja engkau memerlukan..

Terima kasih kerana menjadi si jantung hatiku..akan aku sayangimu sampai akhir hayatku..i LOVE you more & more & more ! =)