Wednesday, 30 November 2011

♥ si kekasih HATI pengarang JANTUNG aku ♥

Kekasihku..
Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu..
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan..
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu..
Dan hari ini kau telah menjadi kekasihku..
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,.
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,.
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,.
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Kekasihku,.
Percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta..
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,.
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,.
Bahaya, ancaman di mana-mana..
Tapi selagi kau dalam dakapanku,.
Aku berjanji akan menjagamu..
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,.
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik..
Setiap nafasku..
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan..
Agar kau bukan sahaja menjadi kekasihku tetapi menjadi suami yang disayangi Allah Ta’ala..

Kekasihku,. 
Selamat datang ke hidupku,.
Selamat menjadi bakal suamiku pada suatu hari nanti,.
Selamat menjadi ayah pada anak-anakku kelak,.
Selamat menjadi menantu pada kedua ibu bapaku,.
Selamat menjadi adik dan abang pada adik-beradikku..
Selamat menjadi sebahagian daripada keluargaku,.
Selamat menjadi pelengkap hidupku..
Selamat menjadi separuh dari aku..




I LOVE YOU until my last breath NORKHAIRUL NIZAM..! 

No comments:

Post a Comment