Sunday, 17 November 2013
Doaku untuk Dia Ya Allah..:'(
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih..
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
Kau ampunilah dosa-dosa yang telah aku buat..
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada batasnya..
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal..
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan..
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista..
Kau kuatkanlah semangatku menempuh segala cabaranMu..
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..
Ya Allah,
Sekiranya dia adalah pilihanMu untukku di Arash kelak..
Kau berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya..
Sekiranya dia adalah pilihanMu yang akan memimpin tanganku di titianMu..
Kau kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya..
Sekiranya dia adalah pilihanMu untukku di JannahMu..
Kau limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya..
Sekianya dia adalah yang terbaik untukku di duniaMu..
Kau peliharakanlah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya..
Sekiranya dia adalah jodoh yang dirahmati olehMu..
Kau berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..
Tetapi Ya Allah..
Sekiranya dia ditakdirkan bukan untuk diriku seorang..
Kau tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu..
Sekiranya dia tergoda dengan keindahan duniaMu..
Kau limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya dia tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kau kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkan keadaannya kembali..
Sekiranya dia menyintai kesesatan..
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..
Ya Allah..
Kau juga Yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku..
Hanya Kau sahaja yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku..
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Kau bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai..
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai hambamu..
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu..
Sekiranya aku ingkar dan derhaka kepadaMu..
Kau berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu..
Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa rahmatMu..
Ya Allah..
Kau kuatkanlah hati dan semangatku..
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu..
Jadilah aku hambaMu yang disenangi oleh dia..
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu..
Bimbinglah aku menjadi hambaMu yang solehah..
Hanya padaMu Ya Allah..
Aku pohon segala harapan kerana aku pasrah dengan dugaanMu..
Kerana aku sedar hinanya aku..
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru..
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu..
Kerana kurangnya kesabaranku menghadapi cabaranMu..
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi hambaMu yang dirahmati..
HambaMu yang dikasihi..
HambaMu yang solehah..
HambaMu yng sentiasa dihati dia..
Amin Ya Rabbal Alamin..
Wahai L.E.L.A.K.I..
Saya harap tulisan ini mampu menyedarkan para lelaki..
Lelaki : Ustaz.. pompuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya.. tp kekasih saya gemuk..
Ustaz : Pompuan simpanan kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke? Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu.. kekasih kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk badannya..
Lelaki : Tapi ustaz pompuan simpanan saya lebih manja & lemah lembut.. Kekasih saya memang lembut, baik dengan saya, selalu bersabar dengan apa jua yang saya telah buat pada dia.. Lagi pun dia jauh dari saya..Saya sunyi kalau dia tiada dengan saya..
Ustaz : Pompuan simpanan kamu takda tanggung jawab untuk dipikul tentang kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu.. Tetapi kekasih kamu memikul semua beban masalah kamu, masanya dibahagi-bahagi antara kamu & semuanya.. Sanggup bekorban apa sahaja demi kamu.. Kerana dia tahu menjaga kamu adalah tanggung jawab & itu tanda cintanya padamu..
Lelaki : Kekasih saya selalu memujuk saya tapi saya ego pada dia tak seperti pompuan simpanan saya, saya tidak macam itu..
Ustaz : Itu kerana dia tidak pernah berputus asa untuk memujuk kamu.. Keluarga, kawan2 dan kenalan dia ada juga bertanya dan mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang dia kerana mereka lihat kamu kadang2 tidak ada mesej, hubungi dia bertanyakan khabar atau apa sahaja sedangkan dia selalu mesj dan hubungi kamu sentiasa.. Namun demi kamu, dia hanya diam membisu tanpa menghiraukan pertanyaan keluarga, kawan2 dan kenalan mereka itu.. Kamu jangan fikir walaupun dia begitu, sebenarnya dia bersedih memikirkan kamu yang seolah2 kamu tidak ada masa untuk dia.. kekasih kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata keluarga, kawan2 dan kenalan kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut dgn pompuan simpanan kamu itu..
Lelaki : .... tapi kan ustaz....
Ustaz : Camni lah... Hanya ini yang saya dapat ucapkan pada kamu.. Kalau kekasih awak sentiasa tak cukup sempurna di mata kamu, kamu pilihlah antara kekasih atau perempuan simpanan kamu tu.. Atau pun kamu lepaskan sajalah dia.. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bersyukur seperti kamu.. Cuba awak fikir kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk badannya kerana kamu, kalau bukan kerana dia yang sanggup bekorban apa sahaja demi kamu untuk membuatkan kamu bahagia disamping dia, mungkin sepanjang hayat kamu takkan melihat waris keturunan kamu lagi.. Kalau dia mahu, dia boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai kamu yang seolah2 tidak pernah bersyukur atas apa yang telah Dia beri.. Tapi itulah pengorbanan dia yang tak pernah kamu hargai.. Bukan dia yang tak cukup sempurna tapi kamu lah yang sebenarnya yang tidak pernah nampak kesempurnaan yang telah Allah berikan pada dia kepada kamu.. Renungkanlah..
Subhanallah !
Subscribe to:
Posts (Atom)