Sunday, 17 November 2013

Doaku untuk Dia Ya Allah..:'(


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih..

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
Kau ampunilah dosa-dosa yang telah aku buat..
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada batasnya..
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal..
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan..
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista..
Kau kuatkanlah semangatku menempuh segala cabaranMu..
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah,
Sekiranya dia adalah pilihanMu untukku di Arash kelak..
Kau berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya..
Sekiranya dia adalah pilihanMu yang akan memimpin tanganku di titianMu..
Kau kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya..
Sekiranya dia adalah pilihanMu untukku di JannahMu..
Kau limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya..
Sekianya dia adalah yang terbaik untukku di duniaMu..
Kau peliharakanlah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya..
Sekiranya dia adalah jodoh yang dirahmati olehMu..
Kau berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Tetapi Ya Allah..
Sekiranya dia ditakdirkan bukan untuk diriku seorang..
Kau tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu..
Sekiranya dia tergoda dengan keindahan duniaMu..
Kau limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya dia tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kau kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkan keadaannya kembali..
Sekiranya dia menyintai kesesatan..
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..

Ya Allah..
Kau juga Yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku..
Hanya Kau sahaja yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku..
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Kau bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai..
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai hambamu..
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu..
Sekiranya aku ingkar dan derhaka kepadaMu..
Kau berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu..

Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa rahmatMu..

Ya Allah..
Kau kuatkanlah hati dan semangatku..
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu..
Jadilah aku hambaMu yang disenangi oleh dia..
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu..
Bimbinglah aku menjadi hambaMu yang solehah..

Hanya padaMu Ya Allah..
Aku pohon segala harapan kerana aku pasrah dengan dugaanMu..
Kerana aku sedar hinanya aku..
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru..
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu..
Kerana kurangnya kesabaranku menghadapi cabaranMu..
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi hambaMu yang dirahmati..
HambaMu yang dikasihi..
HambaMu yang solehah..
HambaMu yng sentiasa dihati dia..

Amin Ya Rabbal Alamin..

No comments:

Post a Comment